Wednesday, May 26, 2010

Sambutan Hari Guru - 17 Mei 2010

Dengan tema Guru Pembina Negara Bangsa, Sambutan Hari Guru di SK Chedong Jaya disambut dalam suasana yang cukup sederhana tetapi meriah. Dimulakan dengan perhimpunan pagi, bacaan ikrar, dan perutusan Hari Guru, majlis dihangatkan lagi dengan nyanyian “Guru Malaysia” yang sememangnya dinantikan oleh para guru SK Chedong Jaya saban tahun.


Kemudiannya aksi hebat para guru disaksikan melalui acara ping-pong dan sukaneka. Bakat guru-guru yang terpendam juga dapat dilihat melalui pertandingan persembahan guru. Johannya menjadi milik Puan Raha Ashikin yang membawa lagu Nazam Berkasih.



Maka, pada Hari Guru tahun ini, apa sahaja pengumuman - sama ada ia tokok tambah kepada gaji atau imbuhan lain - maka ia perlu disusuli dengan rasa insaf bahawa tanggungjawab mendatang bukan kepalang beratnya. Guru di bandar, pedalaman, di kampung atau di sektor-sektor khas lain perlulah dapat merasai bahawa Hari Guru 2010 ialah titik tolak kepada perubahan yang bakal mereka galas. (Utusan Malaysia)



Monday, May 24, 2010

Gotong Royong Perdana - 15 Mei 2010

Firman Allah bermaksud:

“…Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertaubat dan orang yang membersih dirinya.”(Surah al-Baqarah, ayat 222).


Sabda Rasulullah saw bermaksud:

“Kebersihan adalah separuh daripada iman”. (Riwayat Muslim).


Berdasarkan keterangan di atas, kesempurnaan seseorang mukmin selepas beriman ialah menjaga kebersihan, sama ada dirinya dan perkara berhubungan dirinya seperti rumah, bilik, halaman rumah dan juga tempat belajar.


Bersempena dengan Sambutan Hari Guru, satu Gotong Royong Perdana telah diadakan pada 15 Mei di SK Chedong Jaya. Sejak dari awal pagi lagi, semua guru-guru, pelajar, dan ibu bapa telah berkumpul di perkarangan sekolah dan bergerak ke tempat tugasan masing masing. Ada yang mengemaskan kelas dan bilik-bilik pembelajaran, menebas di sekeliling kawasan sekolah, dan menanam pokok herba di sekitar kawasan kantin.


Biarpun panas membahang, suasana yang meriah menyebabkan kepenatan tidak begitu dirasai. Sambil sibuk bergotong royong, di sinilah peluang para ibu bapa dan guru berkumpul, mengenali antara satu sama lain dan mengeratkan lagi silaturrahim di antara mereka. Selesai aktiviti, semua pihak berpuas hati dengan hasil gotong royong yang dilaksanakan dan sekolah kelihatan lebih ceria dan kemas.





Kerjasama yang ditonjolkan oleh semua pihak amatlah dihargai, Diharapkan, perpaduan dan semangat muhibbah ini dapat diteruskan dalam menjana dan mengekalkan kegemilangan SK Chedong Jaya ini.


Sekian, Salam 1 Malaysia

Kem Ala Asrama Fasa 1 - 6 Mei 2010



Hari "Besar" (UPSR) buat pelajar tahun 6 semakin menghampiri. Oleh itu, pelbagai teknik dan taktik telah diatur oleh pihak sekolah bagi memaksimakan pencapaian pelajar-pelajar tahun ini.


Pada 6 Mei 2010, hasil kerjasama antara Pihak Sekolah dan PIBG SK Chedong Jaya, maka tercetuslah Kem Ala Asrama Fasa 1 buat para pelajar tahun 6. Sepanjang 3 hari kem ini berlangsung, jadual pembelajaran telahpun dirsusun, dan tempat penginapan dan makanan disediakan oleh para guru dan PIBG.




Umum mengetahui, kehidupan di asrama mampu memberikan kebaikan buat para pelajar. Diantaranya:

  • Pelajar dapat belajar berdikari dan tidak mengharapkan pertolongan orang lain.
  • Pelajar akan lebih berdisiplin dan belajar menepati waktu
  • Pembelajaran akan lebih tersusun serta mengikut jadual yang ditetapkan.
  • Tempoh pembelajaran teratur dan seimbang. Aktiviti pembelajaran, kerohanian, dan kecergasan diatur dengan baik
  • Kurang ‘kejutan budaya’ jika melangkah ke alam asrama di sekolah menengah nanti.


Dengan Kem Ala Asrama yang telah dilaksanakan ini, diharapkan semoga semua pelajar tahun 6 dapat memanfaatkan program tersebut dan berusaha untuk memantapkan lagi sahsiah dan akedemik mereka.


Sekian, Salam 1 Malaysia

Hari Buku Sedunia dan Hari Kokurikulum - 5 Mei 2010


Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia adalah resolusi daripada persidangan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 15 Nov 1995 yang mengisytiharkan 23 April sebagai Hari Buku. Tujuannya bagi memartabatkan kedudukan buku sebagai sumber pengetahuan utama. Walaupun teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah berkembang pesat, kepentingan buku sebagai wadah untuk membina peradaban dunia tetap kekal dan tidak akan pernah berubah.

Bagi mengembangkan budaya membaca di kalangan warga sekolah, SK Chedong Jaya telah memilih tarikh 5 Mei 2010 untuk Sambutan Hari Buku Sedunia dan Hari Kokurikulum di peringkat sekolah. Antara aktiviti yang diatur bersempena dengan sambutan ini termasuklah Amazing Race, Pertandingan mewarna, Kenali tokoh, Menulis Esei dan lain-lain

.

Semoga sambutan ini dapat memberikan kesedaran mengenai kepentingan membaca sekaligus menyemarakkan lagi minat membaca dikalangan warga sekolah SK Chedong Jaya

Sekian, Salam 1 Malaysia

Thursday, February 25, 2010

Guru-guru dan Staf 2010

GB: MOHAMAD BAHARI BIN L. SHAPEI
GPK 1: ABDUL RAZAK BIN MAJID
GPK HEM: ZULKORNAIN BIN OTHMAN
GPK KOKURIKULUM: SUHAIZA BIN ZAINAL ABIDIN

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL

















Semoga Maulidur Rasul ini mengingatkan kita terhadap kasih sayang Rasulullah terhadap kita umat baginda. Bersama kita meningkatkan iman dengan mentaati segala suruhan baginda dan mengamalkan sunnahnya. Oleh itu, pihak Panitia Pendidikan Islam dan j-QAF telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul dengan mengadakan perarakan dan persembahan murid.

SALAM 1MALAYSIA


Selamat melawat blog Sekolah Kebangsaan Chedong Jaya, Maran, Pahang.