Monday, May 24, 2010

Gotong Royong Perdana - 15 Mei 2010

Firman Allah bermaksud:

“…Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertaubat dan orang yang membersih dirinya.”(Surah al-Baqarah, ayat 222).


Sabda Rasulullah saw bermaksud:

“Kebersihan adalah separuh daripada iman”. (Riwayat Muslim).


Berdasarkan keterangan di atas, kesempurnaan seseorang mukmin selepas beriman ialah menjaga kebersihan, sama ada dirinya dan perkara berhubungan dirinya seperti rumah, bilik, halaman rumah dan juga tempat belajar.


Bersempena dengan Sambutan Hari Guru, satu Gotong Royong Perdana telah diadakan pada 15 Mei di SK Chedong Jaya. Sejak dari awal pagi lagi, semua guru-guru, pelajar, dan ibu bapa telah berkumpul di perkarangan sekolah dan bergerak ke tempat tugasan masing masing. Ada yang mengemaskan kelas dan bilik-bilik pembelajaran, menebas di sekeliling kawasan sekolah, dan menanam pokok herba di sekitar kawasan kantin.


Biarpun panas membahang, suasana yang meriah menyebabkan kepenatan tidak begitu dirasai. Sambil sibuk bergotong royong, di sinilah peluang para ibu bapa dan guru berkumpul, mengenali antara satu sama lain dan mengeratkan lagi silaturrahim di antara mereka. Selesai aktiviti, semua pihak berpuas hati dengan hasil gotong royong yang dilaksanakan dan sekolah kelihatan lebih ceria dan kemas.





Kerjasama yang ditonjolkan oleh semua pihak amatlah dihargai, Diharapkan, perpaduan dan semangat muhibbah ini dapat diteruskan dalam menjana dan mengekalkan kegemilangan SK Chedong Jaya ini.


Sekian, Salam 1 Malaysia

No comments:

Post a Comment